Thursday 29 March 2012

KRSV - Reka Corak Kasut

TUGASAN 1

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA CORAK
PRODUK : REKA CORAK KASUT KANVAS
SITUASI

Sebuah syarikat kasut memerlukan reka corak kasut kanvas bagi keluarannya untuk
pasaran tempatan.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak sepasang kasut kanvas
yang bertemakan hidupan marin.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.
2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.
3. Lakaran reka bentuk kasut kanvas.
4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.
5. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin.
6. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih.
7. Kajian warna pada reka letak.
8. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Reka Corak Kasut Sebagai Panduan


Lakaran Reka Bentuk




Lukisan Realistik



Lakaran Olahan Idea


Lakaran Reka Letak
Kajian Warna
Lakaran Reka Letak Kasut yg Dipilih
Kajian Warna Pada Reka Letak

Lukisan Persembahan


Alat dan Bahan

Proses dan Teknik


Wednesday 28 March 2012

KRSV - ukiran kayu

Kajian rekaan seni visual 

Penghasilan ukiran kayu KRSV yg dihasilkan oleh guru2 dari kuala lumpur sebagai rujukan kepada guru2 lain dan murid2 ............

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : KOTAK SERBA GUNA
SITUASI

Nenek anda seorang pengumpul barang perhiasan antik. Beliau memerlukan sebuah bekas
untuk menyimpan barang perhiasan tersebut supaya tidak rosak.
 
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah kotak serba guna yang
mempunyai hiasan ukiran yang bertemakan flora yang menjalar.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu.
2. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kotak serba guna.
3. Lakaran reka bentuk kotak serba guna.
4. Koleksi gambar flora menjalar sebagai sumber ilham.
5. Lukisan realistik flora menjalar yang dipilih.
6. Lakaran olahan idea motif flora.
7. Reka letak motif pada kotak serba guna.
8. Lukisan tiga dimensi kotak serba guna dalam dua sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.